Pakej Pulau Pangkor

Tetamu yang dihormati,
Kami menyediakan banyak pilihan Pakej Percutian bagi memenuhi keperluan percutian anda. Anda boleh lihat pada menu di sebelah kanan halaman ini. Bukan itu sahaja, adakah anda tahu, anda juga boleh memilih dan merancang sendiri pakej yang anda inginkan melalui senarai aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan untuk anda ? Senarai Pilihan Anda Disini
Tempahan Dan Pertanyaan : Hubungi Miss Arlisa 0112 4285629
Island Hopping Dengan Bot Laju, Pulau Pangkor Pangkor Island Beach Sunset
Pangkor Beach Platform Swimming Pangkor Island Fishing
Pulau Sembilan Fishing
Pangkor Beach BBQ Dinner Pangkor Beach Speed Boat Pangkor Beach Water Sport
Pangkor Island Snorkeling Pangkor Beach Water Sports Pangkor Group Family Day Package

Selamat Datang Ke Pulau Pangkor... Anda memerlukan perkhidmatan kami untuk Penginapan @ Pakej yang bersesuaian dengan citarasa dan perbelanjaan anda? Kami menyediakan event untuk percutian, kursus, program khas, sukan air, lawatan pulau, penginapan, kenderaan sewa, perkhemahan, tempat memancing dan lain lain lagi.. Kami menyediakan hampir kesemua jenis  percutian bagi memenuhi cita rasa tetamu yang memlilih pulau ini sebagai tempat beristirehat dan beraktiviti. Kami ada menyediakan penginapan pelbagai kategori dari kelas sederhana hingga ke kelas mewah. Kepada yang memerlukan kenderaan untuk disewa di pulau ini, kami ada menyediakan basikal, motorsikal, pelbagai jenis kereta dan van dengan harga yang berpatutan mengikut musim. Pembantu Perkhidmatan tetamu kami akan melayani anda pada bila bila masa yang anda perlukan. Kepada penggemar sukan air dan penyediaan makan tepi pantai, BBQ pantai serta yang seumpamanya, kami ada menyediakan pelbagai aktiviti dan pakej sukan air seperti pakej fun pangkor , pakej sukan air pantai , dan pakej day trip kepada yang ingin melakukan lawatan pulang hari ke pulau ini. Kepada yang menggemari aktiviti snorkeling, pakej snorkeling pangkor ada disediakan bagi memenuhi kesukaan anda. Bagi golongan pelajar, kami ada menyediakan pakej yang menyeronokan seperti pakej fun pelajar pulau pangkor dan juga lain lain yang seumpamanya. Pakej yang ekonomi juga boleh didapati dengan mengambil pakej ekonomi pulau pangkor . Pulau pangkor sekian lama telah menjadi pilihan kepada organisasi atau syarikat mahupun institusi kerajaan menaja percutian kepada kakitangan atau pekerja untuk bercuti secara berkumpulan. Pakej pakej yang popular untuk kumpulan kumpulan besar terdiri daripada pakej hari keluarga fun pangkor , pakej hari keluarga pangkor dan pakej makan malam tahunan pulau pangkor. Pulau sembilan juga semakin diminati untuk dijadikan destinasi percutian. Biarpun pulau sembilan tidak menyediakan kemudahan penginapan seperti pulau pangkor, keindahannya tetap menggamit pencinta alam untuk menerokai keunikan gugusan kepulauan tersebut. Pulau ini juga memjadi syurga kepada penggemar aktiviti memancing. Kepada yang meminati untuk merasai keindahan dan keunikan pulau sembilan, kami adalah satu satunya wakil yang menyediakan pakej lawatan pulau pangkor - pulau sembilan untuk tetamu kami. Bukan setakat itu, kami juga menyediakan lain lain pakej seperti pakej untuk pasangan iaitu pakej pasangan pangkor , pakej island hopping , pakej pilihan pangkor dan lain lain lagi yang bersesuaian dengan citarasa dan perbelanjaan anda. kami di pangkor liner beach dot com sangat mengalu alukan kedatangan anda ke pulau pangkor.

Pangkor Island Map

Tentang Pulau Pangkor
PULAU PANGKOR terletak di muara Sungai Dinding. Dari Lumut anda perlu menaiki feri untuk sampai ke Jeti Pangkor. Feri mengambil masa perjalanan 20 ke 30 minit setiap 30 minit sekali. Dari Jeti Pangkor naik teksi van untuk sampai ke Teluk Nipah. Anda juga boleh menyewa van untuk bersiar-siar sekeliling pulau melawat kilang satay ikan, Taman Fu Lin Kung dan replika Tembok Besar Cina, pekan, Kota Belanda dan Batu Bersurat di Teluk Gedung, Pasir Bogak dan Teluk Ketapang. Kereta persendirian dan motosikal juga boleh disewa untuk bebas bergerak. Kepada para pelancong, Pangkor menyediakan pelbagai jenis penginapan dari perkhemahan, chalet sederhana, apartment, homestay, sehinggalah resort yang bertaraf bintang. Terdapat juga ajen ajen pengurusan percutian dan pengurusan majlis yang terkenal dan menjadi pilihan utama pelancong. Diantaranya Pangkor Beach Dot Com (EMC), pangkor package dot com (emc), pangkor guide dot com (emc) , pangkor gate dot com (emc), Pulau Pangkor mempunyai penduduk hampir 20,000 orang. Pekerjaan utama penduduk tempatan ialah menangkap ikan dan menghasilkan produk makanan laut. Industri kedua terpenting ialah pelancongan yang sedang meningkat maju. Pulau Pangkor dijangka menjadi pusat pelancongan bertaraf dunia menjelang 2015. Pulau ini adalah destinasi popular bagi penggemar outdoor. Lanskapnya yang berbukit-bukau dan hutan hujan yang terpelihara adalah ideal untuk kegiatan merentas hutan dan aktiviti-aktiviti lain. Pulau ini menarik kerana pantai-pantainya yang cantik dan bersih. Di antaranya ialah Pasir Bogak, Teluk Ketapang dan Teluk Nipah. Kenali Pangkor untuk mencintainya! Pulau kecil di Selat Melaka ini mempunyai sejarah yang panjang, bangsa penjajah berperang untuk memilikinya dan kini pelancong asing jatuh cinta terhadap keindahannya.

Hubungi kami